Surface Laptop Studio 2
Serba guna untuk mencipta, kuasa untuk melaksana
Reka bentuk canggih. Berkuasa lebih dua kali ganda. Juga skrin sentuh 14.4". Surface Laptop Studio 2 ialah komputer riba yang istimewa.3
Serba guna untuk mencipta, kuasa untuk melaksana
Reka bentuk canggih. Berkuasa lebih dua kali ganda. Juga skrin sentuh 14.4". Surface Laptop Studio 2 ialah komputer riba yang istimewa.3
Surface Laptop Studio 2
Terokai setiap sudut
Komputer riba yang istimewa
Manfaatkan kuasa untuk menjadikan segala-galanya mungkin
Nikmati grafik menakjubkan yang dipertingkatkan dengan AI
Melajukan aplikasi yang mencabar dengan dua kali ganda kuasa
Tangani berbilang tugas yang serius dengan lebih banyak memori
Kamera terbaik pada mana-mana komputer riba Surface
Aplikasi anda dalam kualiti studio
Prestasi profesional secara berterusan
Dengan komputer riba yang hebat dan mudah alih ini, anda boleh mengedit, mengemas gabung dan mengeksport video di tapak seperti seorang profesional dengan Adobe Premiere Pro.1
Lukis dengan mudah pada kanvas kreatif anda
Lakar, tulis jurnal, bekerjasama dan fikirkan idea dengan mod dan aplikasi serba guna seperti OneNote1 yang dioptimumkan untuk sentuhan dan pen.
Kejelasan penstriman sinematik
Strim video HDR11 pada aplikasi yang serasi seperti Amazon Prime Video1 untuk mendapat pengalaman hiburan dengan warna, kontras dan kecerahan yang lebih tepat.
Kuasa untuk membangunkan idea gah anda yang seterusnya
Daripada projek pengekodan hinggalah mengeksport ciptaan anda, serlahkan kegeniusan anda dengan Visual Studio1 pada Surface kami yang paling hebat.
Cara yang mudah untuk menangkap, mengedit dan mencipta
Dapatkan warna dan kualiti imej yang mengagumkan, edit untuk mendapatkan tona kulit yang sempurna dan banyak lagi dengan Capture One.1
Alat yang diperkemas untuk kerjasama
Sediakan Surface Laptop Studio 2 dalam mod pentas untuk memanfaatkan sepenuhnya alat kerjasama Microsoft 365 termasuk PowerPoint.1
Reka bentuk canggih serta kuasa mengubah bentuk
Dengan cara melakukan tugas pada mana-mana sudut, Surface Laptop Studio 2 akan melentur agar sesuai dengan gaya kerja anda dan serasi dengan pelbagai aksesori.1
Dakwat yang licin, storan dan pengecasan pen yang terbina dalam
Slim Pen 2
Pen berprestasi terbaik kami, Slim Pen 21 memberi anda rasa pen di atas kertas dengan ketepatan tambahan serta storan terbina dalam yang berguna dan pengecasan wayarles yang mudah. Dapatkan sehingga 15 jam2 kuasa bateri dengan sekali cas.
Hanya tukar mod
Engsel anyaman dinamik
Surface Laptop Studio 2 memudahkan penukaran mod supaya anda boleh mengorientasikan peranti anda dengan cara yang terasa paling semula jadi untuk anda.
Akses, import dan sandarkan data daripada kad memori
Pembaca kad MicroSD
Pindahkan fail anda secara pantas dengan pembaca kad microSD bersepadu.
Pasang dan main dengan peranti persisian
Port Berbilang
Bersedia untuk semua aksesori yang mesti dimiliki, iaitu 2 port USB-C® 4.0 dengan Thunderbolt™ 4, port USB-A, bicu fon kepala dan Surface Connect untuk dok dan pengecasan.
“Jenis kreatif” merupakan pelengkap
Surface Laptop Studio 2 sesuai untuk semua jenis profesional kreatif—cari konfigurasi peranti yang paling sepadan dengan cara anda mencipta.
Terbaik daripada Microsoft, luar dan dalam
OS terbaik kami—malah lebih baik
OS terbaik kami—malah lebih baik
Jadi lebih produktif dengan Windows 11, dioptimumkan untuk sentuhan. Ketik, seret, leret dan cubit—sama seperti pada telefon pintar anda.
Wajah anda ialah kata laluan anda
Berjaga-jaga, tanpa henti
Main permainan kegemaran anda pada hari pertama
Semua itu, serta sedikit tambahan
Jadikan pengalaman Surface Laptop Studio 2 anda unik dengan aksesori yang serasi, daripada stilus, port tambahan hinggalah tetikus dan alat kawalan wayarles ergonomik.1
Slim Pen 2
Lukis, lakar, navigasi dan cas semula. Ambil nota ditulis tangan dan lukis dengan perasaan yang sama seperti menggunakan pen pada kertas, dengan ketepatan yang luar biasa dan reka bentuk baharu yang boleh disimpan.
Surface Thunderbolt™ 4 Dock
Tingkatkan ruang kerja anda dengan Surface Thunderbolt™ 4 Dock yang memberikan pemindahan data berkelajuan ultra tinggi. Lapan sambungan serba guna memberikan kuasa kepada kamera web, telefon dan aksesori lain semasa disambungkan dengan hingga dua monitor 4K.9
Tetikus Surface Arc
Nipis, ringan dan sedia untuk dibawa dalam perjalanan, Tetikus Surface Arc direka bentuk supaya muat dengan tangan anda dan dapat dileperkan supaya mudah dibawa di dalam beg anda. Bersambung melalui Bluetooth.
Kit Mudah Suai Surface
Menampilkan label kekunci, penunjuk port dan pelekat 3 dimensi untuk memudahkan penggunaan komputer dan aksesori serasi anda.
Masih tertanya-tanya Surface yang mana sesuai untuk anda?
- [1] Microsoft 365 dan sesetengah aksesori serta perisian dijual secara berasingan. Ciri dan ketersediaan aplikasi mungkin berbeza mengikut rantau.
- [2] Hayat bateri amat berbeza berdasarkan konfigurasi peranti, penggunaan, konfigurasi rangkaian dan ciri, kekuatan isyarat, tetapan dan faktor lain. Lihat Prestasi Bateri Surface untuk mendapatkan butiran.
- [3] Paparan Surface Laptop Studio 2 mempunyai sudut bulat dalam bentuk segi empat tepat standard. Apabila diukur sebagai bentuk segi empat tepat standard, saiz skrin ialah 14.36 inci secara pepenjuru (ruang boleh dilihat yang sebenar adalah kurang daripada itu).
- [5] Memerlukan kandungan dan audio yang dikodkan Dolby Atmos®.
- [6] Memerlukan kandungan dan video Dolby Vision®.
- [9] Dwimonitor memerlukan peranti dengan port USB4®/Thunderbolt™ 4.
- [10] Tersedia sebagai pilihan pada SKU Surface Laptop Studio 2 yang tertentu.
- [11] HDR memerlukan kandungan HDR dan HDR didayakan dalam tetapan peranti.
- [12] Langganan diperlukan. Dijual secara berasingan. Memerlukan langganan Xbox Game Pass: tertakluk pada had penstriman dan masa menunggu. Pilih peranti dan rantau. Katalog permainan berbeza mengikut masa.
- [13] Dijual secara berasingan. Lesen perisian diperlukan untuk sesetengah ciri.
Dibina untuk memperkasakan idea terbesar anda
- Dua kali ganda kuasa CPU dengan pemproses Intel® Core™ Generasi ke-13 yang dibina pada platform Intel® Evo™.
- Sehingga 2X kuasa grafik yang lebih tinggi dengan GPU Komputer Riba NVIDIA® yang canggih.
- Lakukan berbilang tugas seperti seorang profesional dengan sehingga 64GB RAM dan SSD yang sangat pantas dengan storan sehingga 1TB.
- Hayat bateri sepanjang hari.2
Direka bentuk untuk memberi inspirasi dan menghiburkan
Cipta tanpa kompromi
- Komputer riba yang istimewa, dengan engsel anyaman dinamik dan reka bentuk serba guna.
- Mod komputer riba untuk produktiviti, mod pentas untuk penstriman dan mod studio untuk kreativiti.
- Lukis dan lakar menggunakan Surface Slim Pen 21 dengan storan dan pengecasan yang terbina dalam.
- Sesuaikan pad sentuh Haptik Ketepatan serba baharu dan gunakan dengan cara yang paling semula jadi untuk anda.
Alami ciri terbaik daripada Microsoft
- Bekerja dengan lebih bijak dan lebih produktif dengan alat AI dalam Windows 11 dan aplikasi Microsoft 365.1
- Panggilan terasa lebih semula jadi dengan kamera medan pandangan luas yang baharu dan Kesan Studio Windows.
- Windows 11 kini dioptimumkan dengan lebih baik untuk sentuhan. Ketik, seret, leret dan cubit seperti yang anda lakukan pada telefon pintar anda.
- Kekal terlindung dari setiap sudut dengan keselamatan Microsoft daripada cip hingga awan.
Spesifikasi teknikal
Pemproses |
Pemproses Intel® Core™ i7-13700H Generasi Ke-13
Dibina pada platform Intel® Evo™ Pemecut AI Intel® Generasi ke-3 Movidius 3700VC VPU |
Grafik |
GPU Komputer Riba NVIDIA® GeForce RTX™ 4050 dengan vRAM 6GB GDDR6 GPU Komputer Riba NVIDIA® GeForce RTX™ 4060 dengan vRAM 8GB GDDR6 GPU Komputer Riba Generasi Ada NVIDIA® RTX™ 2000 dengan vRAM 8GB GDDR6 Grafik Intel® Iris® XFootnotee |
Memori dan storan4 |
Pilihan memori: 16GB, 32GB atau 64GB LPDDR5x RAM Pilihan storan: Pilihan8 pemacu keadaan pepejal (SSD Generasi ke-4) boleh alih keluar: 512GB atau 1TB |
Paparan |
Skrin sentuh: Paparan PixelSense™ Flow 14.4 inci3
Resolusi: 2400 x 1600 (200 PPI) Kadar segar semula: hingga 120Hz Nisbah aspek: 3:2 Nisbah kontras: 1500:1 Profil warna: sRGB dan Terang Paparan warna yang ditentukur setiap satu VESA DisplayHDR 400 yang disahkan Sokongan Dolby Vision IQ®11 Sentuhan: 10 titik berbilang sentuhan Paparan Corning® Gorilla® Glass 5 Footnote |
Hayat bateri2 |
Model grafik Intel® Iris® XFootnotee: sehingga 19 jam penggunaan peranti biasa
Model grafik NVIDIA®: sehingga 18 jam penggunaan peranti biasa |
Saiz dan berat14 |
Panjang: 323 mm (12.72 inci) Model grafik Intel® Iris® XFootnotee: 1.89 kg (4.18 paun) |
Keselamatan |
TPM Perisian Tegar 2.0 |
Video/Kamera |
Kamera Studio menghadap hadapan HD penuh
|
Audio |
Pembesar suara Omnisonic® Kuad dengan Dolby® Atmos®10
|
Mikrofon |
Mikrofon Dwistudio dengan Kejelasan Suara,9mendayakan perbualan super jalur lebar dan dupleks sepenuhnya yang semula jadi
|
Sambungan |
2 x USB-C® dengan USB4®/ Thunderbolt™ 4 (dengan DisplayPort dan Penghantaran Kuasa)
USB-A 3.1 Pembaca kad MicroSDXC Bicu fon kepala 3.5 mm Port Surface Connect |
Rangkaian dan kesambungan |
Wi-Fi 6E: Serasi dengan 802.11ax |
Keserasian pen dan aksesori |
|
Perisian |
|
Kebolehcapaian |
Pad sentuh Haptik Ketepatan Surface dengan kepekaan klik boleh laras, kawasan klik kanan dan mod sentuhan mudah suai
Serasi dengan Kit Mudah Suai Surface Serasi dengan Aksesori Mudah Suai Microsoft Termasuk Ciri Kebolehcapaian Windows – Ketahui Lebih Lanjut Ciri Kebolehcapaian | Kebolehcapaian Microsoft |
Kebolehkhidmatan |
|
Luaran |
Sarung: Aluminium disadur anod |
Engsel |
Engsel Anyaman Dinamik diperbuat daripada fabrik anyaman dengan kabel terbenam yang boleh membengkok 180 darjah
|
Pengesan |
Kecerahan automatik melalui Pengesan Warna Sekeliling |
Kandungan di dalam kotak |
Surface Laptop Studio 2
Bekalan kuasa: Model grafik Intel® Iris® XFootnotee: 102W Model grafik NVIDIA®: 127W Panduan mula cepat Dokumen keselamatan dan waranti |
Waranti12 |
Waranti perkakasan terhad selama 1 tahun
|
Tataletak papan kekunci |
Pengaktifan: Kekunci (mekanikal) bergerak
Tataletak: QWERTY, sebaris penuh kekunci fungsi (F1-F12) Kekunci Windows dan butang khas untuk kawalan media, kecerahan skrin dan redam Cahaya Belakang Pad sentuh Haptik Ketepatan |
- [1] Microsoft 365 dan sesetengah perisian serta aksesori dijual secara berasingan.
-
[2]
Sehingga 19.0 jam hayat bateri berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa pada Surface Laptop Studio 2 dengan Pemproses Intel® Core™ i7-13700H, 512GB, 16GB RAM -
Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Julai-Ogos 2023 menggunakan perisian prapengeluaran Windows 11 dan Pemproses prapengeluaran Surface Laptop Studio 2 Intel® Core™ i7-13700H, peranti 512GB, 16GB RAM. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan gabungan penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mengakses lapan laman web popular melalui berbilang tab terbuka, (2) ujian produktiviti yang menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel, OneNote dan Outlook, serta (3) sebahagian masa penggunaan peranti dalam aplikasi melahu. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang telah ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik, Warna Mudah Suai dan Pengecasan Pintar telah dinyahdayakan. Wi-Fi disambungkan kepada rangkaian. Diuji dengan Windows 11 Versi 10.0.22621 (22H2). Hayat bateri amat berbeza mengikut tetapan, penggunaan dan faktor lain.
Sehingga 18.0 jam hayat bateri berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa pada Surface Laptop Studio 2 dengan Pemproses Intel® Core™ i7-13700H, GPU Komputer Riba NVIDIA® GeForce™ RTX 4050, 512GB, 16GB RAM
Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Julai-Ogos 2023 menggunakan perisian prapengeluaran Windows 11 dan Pemproses prapengeluaran Surface Laptop Studio 2 Intel® Core™ i7-13700H, GPU Komputer Riba NVIDIA® GeForce™ RTX 4050, peranti 512GB, 16GB RAM. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan gabungan penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mengakses lapan laman web popular melalui berbilang tab terbuka, (2) ujian produktiviti yang menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel, OneNote dan Outlook, serta (3) sebahagian masa penggunaan peranti dalam aplikasi melahu. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang telah ditetapkan kepada 150nit dengan Kecerahan Automatik, Warna Mudah Suai dan Pengecasan Pintar telah dinyahdayakan. Wi-Fi disambungkan kepada rangkaian. Diuji dengan Windows 11 Versi 10.0.22621 (22H2). Hayat bateri amat berbeza mengikut tetapan, penggunaan dan faktor lain. - [3] Paparan Surface Laptop Studio 2 mempunyai sudut bulat dalam bentuk segi empat tepat standard. Apabila diukur sebagai bentuk segi empat tepat standard, saiz skrin ialah 14.36 inci secara pepenjuru (ruang boleh dilihat yang sebenar adalah kurang daripada itu).
- [4] Perisian sistem menggunakan ruang storan yang tinggi. Storan yang tersedia mungkin berubah berdasarkan kemas kini perisian sistem dan penggunaan aplikasi. 1GB = 1 bilion bait. 1TB = 1,000GB. Lihat Storan Surface untuk mendapatkan butiran lanjut.
- [5] Memerlukan lesen atau langganan (dijual secara berasingan) untuk pengaktifan dan penggunaan.
- [6] Pengaktifan diperlukan.
- [8] Peranti ini tidak mengandungi bahagian yang boleh diservis oleh pengguna. Pemacu keras hanya boleh dialih keluar oleh juruteknik yang diberi kebenaran mengikut arahan yang disediakan oleh Microsoft.
- [9] Kejelasan Suara memerlukan Windows 11 dan tersedia dalam aplikasi yang menggunakan mikrofon peranti bersepadu dan mod pemprosesan audio Windows yang tertentu.
- [10] Memerlukan kandungan dan audio yang dikodkan Dolby Atmos®.
- [11] Memerlukan kandungan dan video Dolby Vision®.
- [12] Waranti Terhad Microsoft ialah tambahan kepada hak undang-undang pengguna anda.
- [13] HDR memerlukan kandungan HDR dan HDR didayakan dalam tetapan peranti.
- [14] Mungkin berubah mengikut proses perkilangan.
- [15] Kesan Studio Windows (kabur latar, hubungan mata, fokus suara dan pembingkaian auto) adalah bergantung pada perkakasan dan memerlukan Unit Pemprosesan Neural (NPU) yang layak.
Ikuti Surface